Search This Blog

Aug 12, 2011

Satu Bulan.


Satu bulan.Ramadhan al-kareem.

Dua situasi.

Satu.

Di tengah rembang panas terik tengah hari,

Lelaki-lelaki lingkungan umur 20,30-an,atau mungkin 40-an.

Pekerja; buruh binaan,

Terang-terangan makan makanan tengah hari.tanpa ingat,panas lagi “API” Allah..

teguk air,telan nasi.gelak tawa.

Mungkin uzur,tapi..

Zaman nabi Muhammad s.a.w berperang,berjihad masa bulan puasa.

Apakah kerja buruh itu lagi perih dari berperang?

Dua.

Di tengah rembang panas jua,

Seorang lelaki boleh dikira berpangkat “Atok”,

Berkedut seribu,menolak basikal tuanya mendaki jalan berbukit.

Ke mana arah?

Kopiah atas kepala; hari Jumaat.;tengah hari.

Mana lagi arahnya kalau bukan ke rumah Allah, tunaikan yang wajib itu.


Jadi,bagaimana ?Anda fikir bagaimana dunia kini?


p/s:percayalah,aku juga banyak khilaf.dan aku cuba juga berfikir ttg khilafku itu.

Aku takut.Astaghfirullahala’zim.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...