Search This Blog

Nov 30, 2012

terkenalah.

Bila baca balik post-post lama  espesely yg berbaur nasihat.
sungguh, rasa terkena kat diri sendiri weyh.
betul.kita pandai je cakap, tapi buat belum tentu.
bila orang lain terkena, kita yang 'baik' ni nasihat,
bila kita sendiri yang kena? kita buat tak ape yg kite nasihat tu?
Allahhhhhhhhhhhh! kita tuh termasuklah aku ni..

**************************************************************

aku buat ke?
berlapang dada-kah aku bila ter-uji sezarah cuma?
cepat-cepat jom mohon ampun!
Astaghfirullahala'zim.. :(

Bila hati...



puas kupujuk hati,
puas mempositifkan diri,
namun akhirnya masih tatap gelabah dan neves. (namun masih cuba cool)
haha.
Allah.Allah.Allah.

Dr Muhaya kate(lebih kurang mcm ni); "sape yang tak yakin pada diri,maka dia tak yakin pada Allah, sape tak yakin pada Allah, dia tak sayang Allah, sbb dia tak sayang diri dia."  menangis 

ohhhh. hati, apa kau dah buat?

******************************--------***************************************

Nov 26, 2012

rahsia yang dah bukan rahsia.;p

I'm bad in making new friends in new environment.huh. :(

this is the truth.
for the first one week, i'll be like forever alone.siryes.
SMKDB.
MRSMKP.
UITMKP.

yes.true story.whoever know me after that one week of 'lag phase' will say, ' eh tak pernah nampak pun sebelum ni?' 'tak pernah jumpa pun masa orientasi?'
haha. yeah.selalunya minggu pertama tu aku ambil masa nak adapt dgn persekitaran, dan meng-observe.hihi.

bukanlah kate tak ada kawan langsung kan time 1st week,ade je,tp, i dont know how to keep the frenship going.at the first one week, kejap aku g dgn si A, esoknya, aku g makan dgn org B, tuptup esok aku sorg je.haha.
so, thats my life so far bila get in to new environment.

eh,kenapa tetiber aku pecahkan 'rahsia' ni?haha.
sebab i'll be enter-ing such a new environment soon.so, sejarah yang lepas-lepas tu ter-replay automatically dalam minda.and i'm afraid.
i've got no confidence to change it, either to go through it again.
sigh. i want a change.really.
for how long i need to live like this?
or do i not really need a change?


******************************************************************************

ok.despite those forever alone moment, the ending of it(bukan habis seminggu tu.hihi) was really AWESOME! sampaikan aku kadang terlupa how hard it is at first.
dan rasanya, aku patut bersyukur kan? apelah aku nih.haiiiihh.
k.rasenya tu je kot nak citer.
sebab aku dah lama sangat pendam.haha.k abaikan.

******************************************************************************

aku rasa masalah aku is tak kenal diri sendiri.herm.

Nov 18, 2012

comfort-no-zone


ianya..
sangat.
di.
luar.
'ekologi'
aku.
tak..
tahu.
nak.
kata.
apa.

just wait n see !
prepare-ing jugak lah wahai diri..

Nov 8, 2012

gelodak jiwa-part 1 dan last kot?

091112;0745

haha.asal part 1 dgn last? sebab ni dah tak gelodak dah kot.dah tahu dah result.
ececeh. ok.jadinya dah tengok result.
woooo! i am expecting this to happen actually.dan it is the worst for the last 5 semester.namun, Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah. :D
happy sebab aku study tak sekuat maneeee pun Allah bagi stillll yang elok2 weyh.so, maybe yang ini memang untuk aku.tahniah diri!walau bukan di situ lagi.

"Tak dapat masuk dean's list tak apa, yang penting dapat masuk Deen's list"  - Aiman Azlan.



sebenarnya,masih dalam proses neutralize.
nanti bagitahu mama mesti kena 'basuh'.urmm.



gelodak jiwa-prolog

081112;2301

i've heard one of my friend already know the result.dan, BANG! ( jgn bace bunyi 'abang' ye.tp, 'Beng') hati yang tadinya ego bajet 'sejuk' (baca; cool) terasa cuak.bukan apa, this is the last sem.ada lagi satu sem, tp, this is the one yang guna exam.next sem, practical je.dan, the last 4 sem was Alhamdulillah,the best for me. so, this last sem la penentu mase grad dpt pakai 'selendang' ke tidak.
tapiiiiiiiiiii, sedikit banyak pergolakan 'jiwa' yang berlaku, i've  been questioning myself, 
what do you want actually?
      ape niat belajar ni? nak dapat gred hebat semata kah? atau ilmu Allah itu?
penting sangatkah gred tu? 

exam je ke penentu hidup awak? 


ternyata,diri ini khilaf. terleka seketika dengan nikmat mungkin.kufur nikmat.

dan aku tak mahu lagi mengharap gred yang tinggi itu, jika ia buat aku lupa.
benar, nikmat itu dugaan.
dan dugaan itu nikmat.

whatever i'll get tomorrow i know it is the best for me.:) He knows better. 
koreksi apa silap dan salah jika jatuh.
dan jika masih ditahap itu, harus kikis apa yang mungkin berkarat.

may Allah bless be with us. ♥


Nov 6, 2012

Aku ada,kerna kau pun ada.

Fazkuruuniii azkurkum.
[Al-baqarah: 152]


entah.
rasa suka. 
^.^




Nov 1, 2012

sarat.

Sarat.

Sarat dengan persoalan.
Persoalan yang tiada dapat dipersoal.
pabila bertanya pada si bisu, adakah bisa ia berkata?
bila disoal pada yang kaku, pasti tiada dibalas.

mahu cari jalan pulang yang sebenar.

namun, pada siapa ingin kutanya jalannya?


Oct 16, 2012

Oct 15, 2012

when i have nothing to say, believe me.
there's so many thought in my mind, that i couldn't let it out.
i'm sorry.
because silence is my loudest scream.
much better.
dont trust me either.
my 'outer layer' will always keep my 'inner layer' safe.



Oct 9, 2012

tahpape.

kalau ada orang tersilap atau ter-over,
ape kata awak bagitahu terus dekat dier,
yang awak nak terus buat muka-tak-nak-layan tu pehal?

ingat orang ni ahli nujum nak teka hati awak?
dia buat salah, awak yang BAIK ni takkan nak biar je?


Oct 8, 2012

"hebatkah kau?apa yang kau ada?"

Apelah yang ada pada kita ni? nak benci orang tu, nak marah orang ni, nak tak suka orang sana, nak menyampah orang sini .

kita siapa ?
bagus sangat ke ?
hebat sangat ?
tinggi sangat ?
cantik sangat ?
hensem sangat ?


ingat lah
ada yang Maha bagus ,
maha hebat,
maha tinggi,
maha pengampun,
maha besar
yang lebih maha adil nak tentukan orang tu buat salah atau tak,

kita siapa nak hukum orang ?
kita baik sangat ke sampai boleh jatuhkan orang tuh salah-sesilap-yang-mungkin?
Allah.
manusia ada silap, ada khilaf.
kalau dia benar-benar bersalah, tunjukkan jalan agar dia boleh perbaiki,
Allah pun akan bagi peringatan kalau hamba-Dia macam kita ni terlupa-alpa-silap.
apatah lagi kita yang tiada apa-apa ni.

Maafkanlah.maaf tak susah.

Oct 7, 2012

hectic-more



tengok diorang semua mcm  double-triple-down down down lepas paper industry,
takut pulak. ape sebab jadi mcm tu eh? ermm.
maybe sebab diorang sangatttt berusaha study hard-smart-taktido-stay-up-hafal step-step-buat nota dsb,
usaha mereka sangat kuat! pastu, bila dpt paper exam tu, mcm susah gilerrrr dan diakui agak sukar untuk dijawab.
sebab tu kot rasa down sangat.dan, aku sangat tabik dengan mereka!usaha dan tak gentar !
jangan risauuuu kawan-kawan! Allah lihat usaha kamu tu! Jangan putus asa ! Kalau betul-betul ikhlas, tak bisa mengalah ! sebab Pemenang tak semestinya tak pernah Kalah! ^_^
bukan nak bagi ayat penyedap hati ke ape ke..tp mmg betul tu kan janji Allah? Dia takkan uji kalau kita tak mampu ! Usaha kalian pasti berbayar ! Dia nak uji je tu, betul ke budak ni ikhlas nak belajar ?

Cuba byg, kita ikhlas belajar kerana Allah; dpt pahala , pastu Allah bagi ujian, kita sabar ; pahala lagii , kita ingat Allah bila kita susah(zikir, mengaji, dll. ) ; pahala lagi, see , berapa byk pahala kita dapat ?
"Maka nikmat tuhanmu yang mana yang kamu dustakan ? " 

 Sayangnyeee Allah kat kita kan? so, jgn susah hati. kita reflex diri. mungkin ada silap kita terlepas pandang. lambatkan solat ke, kurang ingat Allah ke.( peringatan buat diri ! *~* )

reflex diri. Astaghfirullah.


aku?
same mistake (study-lepak-lepak -.-")
same regret ( lepas exam menyesal kejap.sekejap jelah.-..-"")
sebab dah selalu sangat buat mistake yg sama,
dia jadi macam , Biasa. kot.
hurmm. bahaya nih.
ish.tu tanda hati tak bersih ke ??

ok. i need tarbiyyah !!

Oct 3, 2012

Lihatlah.

Dunia yang aku lihat sekarang masih lagi terlaluuu kecil.
Bila melihat ke "dunia" yang lain, terasa kecil diri ini.
banyak lagi yang aku tak tahu rupanya.
banyak yang aku belum lagi dapat lihat.
besarnya 'dunia' ini.
ini baru dunia.
akhirat kelak?


.
Allah.Subhanallah.Subhanallah.Subhanallah.Allahuakbar.Allahuakbar.Allahuakbar.

Sep 27, 2012

ter-lepas.

dah berapa ramai orang cakap dekat kau?

" jangan lepaskan peluang!byk peluang terlepas taw..dah depan mata tapi, kau biarkan, orang lain yang dapat.padahal benda tu dah memang depan mata kau"


yes,i admit.
i am too afraid to make just one more step.
aku hanya duduk melihat,menunggu.
walau benda tu dah memang depan mata.
bila ada orang lain ambik,
dalam hati kata " xpelah,xpe,xpe,xpe"
menyesal memang ada,tp selalu ulang balik benda sama.
TERLEPAS sebab MELEPASKAN.

hati kata mahu,
tapi bila kita berfikir more than twice.
dier jadi sangat serba salah.
dan dalam masa proses 'nak-atau-tidak' tu,
confident yang tadi pada tahap 90% decreases at exponential rate.
confident level=death phase.

banyak benda aku lepas,
even benda yang tak masuk akal untuk dilepaskan.


entahlah.



pernah rasa tak,
kau nak amek exam BESAR,
tapi kau macam relax gilerrrr takda tekanan langsung,
padahallll kau TAK STUDY ape lagi nih,
orang lain dah sampai ulang berapa kali dah.


KENAPA?KENAPA?KENAPA?

ye,aku tengah lalui benda ini. -_-


Sep 9, 2012

mixed.

range: 1 2 3 4 5
i choose 3.
mixed feeling.
seriously,not now.it's a never-ever.
i'll stay on the range.
focus.

Sep 6, 2012

"takyah ah sedih sgt weyh,lek ah"

Allah tahu.Allah tahu.Allah tahu.

'takde apa-apa' :)

credit to;Anonymous from pesbuk


"Di dalam kehidupan ini, tentulah tak semua orang sukakan kita, setuju dengan pendapat kita & gembira apabila kita gembira. 
"Kita akan tua dalam usaha untuk memuaskan hati manusia." [Ustaz Azhar Idrus]
Kita juga kena sedar, kita takkan mampu memuaskan hati semua orang. Jadi, opsyen yang kita ada; hanyalah melakukan apa yang mampu memuaskan hati Allah."  
       -quoted from  akak Syauqahwardah.in this entry:warna-hidup. :) 






Sep 5, 2012

tajuk-tiada.


masalah selalu datang dalam diri kita sendiri,
kalau kita rasa masalah tu mudah dan ringkas,
mudah dan ringkas lah hidup kita.
kalau sebaliknya,
sebaliknyalah hidup kita.

.:ye,even aku sendiri pun,
ada masa..ter-over-susah-fikir-masalah.
padahal,benda simple je.
sebab tu aku-kamu-dia perlu diberi tarbiyah!
ada keluarga,sahabat,
yag sering mengingatkan,
tapi ada lagi yang tak pernah lupa beri peringatan pada kita,
ALLAH!:)) 
macam-macam cara dan bentuk kan?
ada yang kita sendiri cari,ada yang Dia beri secara hikmah-Nya.
tinggal kita,
mahu terima atau mahu biar?
mahu fikir atau mahu leka?


Sep 4, 2012



DIAM.
ikut tempat.
banyak faedahnya.


dia-bukan-robot.

mulanya,
anda tanya dia,
kemudian,
dia cuba beri apa dia tahu.
akhirnya,
kamu salahkan dia kerana jwpn dia tak seperti yang awk mahu.
atau mungkin apa yg diberi,tersilap atau tersasar.


kenapa awak tak cari sendiri?
why did u find him/her at the first place?
wake up people.
dont just blame,
find ur own way.

dia tak kesah kalau org nak tanya dia,
tp,respek apa yang dia dah buat / cuba.

apa awak ingat dia robot?
bila suka; guna.
bila salah; keji.

p/s;mungkin dia tak perlu letak such an effort utk mereka yang tidak pandai merespek?
dia kata; "baik aku cakap je tak tahu".
done.

Sep 3, 2012

trust.

i dont know why it is so hard to give others something called TRUST?
maybe just some percent i gave in,but i'm not giving them all.
i just keep it,whatever happens.
The true stories.
i just TRUST my Allah.
the most trusted.
most.
most.
most.


Aug 28, 2012

IDK

Much laughter strikes out,
more sadness come in.

macam mana nak kurangkan gelak?




Aug 14, 2012

Aug 12, 2012

cobaan.

kadang berani,
kadang takut.

biasalah kan?

Iman pun ada turun naik.
nak-nak time macam ni.




Aug 9, 2012

manusia sempurna.

yes,manusia itu tak sempurna.
jadi, jangan harap yang sempurna dari mereka.
mereka tak mampu.
dan kita juga,tak mampu beri yang sempurna jua.
kerana kita dan mereka sama,
MANUSIA.








manusia; Hamba DIA.
DIA yg maha sempurna itu.
kita tak harap pun,Dia mampu bagi macam-macam,
apatah lagi kalau kita sentiasa letak harapan dan kepercayaan pada Dia?kan?
^^

Aug 5, 2012

the thing is,
they does'nt know how hard i'm trying my best.


Umat Islam sentiasa boleh!

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam  
Jangan buang masa 
Siapa kata kita tidak boleh 
Kita ada ALLAH Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Do’a sebagai senjata 
Umat Islam sentiasa boleh! 
Umat Islam sentiasa boleh!


Jul 29, 2012

CODE #1

SFTL.
PTIO.
SFLL.

saya perlu betulkan apa yang WAJIB dahulu!
  

Jul 28, 2012

Saudara itu..

rasa sedih bila baca pasal muslim rohingya kat burma(myanmar).
taktahu?meh baca ni:

http://zainurrashid.com/ummah-yang-dilupakan/

aku kat sini, 
belajar dalam air-cond,tidur atas katil,nak jalan-jalan naik kereta,
bulan puasa ni,bukak puasa;
pergi bazar, beli nasi ayam,ikan,udang,ketam,kuih-muih,air kelapa,cincau,limau asamboi,

mereka?
mereka saudara kita,
adik-beradik kita,
apa yang aku boleh tolong?

setakat ni,
Doa.Doa.Doa.


insyaAllah, one fine day.
ada misi perlu dilaksana.


ter-over-rasa?

boleh  je kalau nak terasa,
tapi fikirlah, ape dapat bila ter-over-rasa?
rasa sakit kan? 
pastu,ada orang pujuk?
takde kan?
semua diri sendiri.
so, you decide;
nak terus terasa atau berhenti merasa yang tidak-tidak?

saje conteng-conteng.anda terasa ke?haha.

Subhanallah Alhamdulillah Lai'lahaillallah Allahuakbar
Astaghfirullahala'zim
Astaghfirullahala'zim 
Astaghfirullahala'zim

Jul 25, 2012

Lemau.


kolek sampan sampai ke muara,
elok berjalan ke rumah mak Gayah.
bulan ini bulan mulia,
ini masa untuk tarbiyyah!

yeah,diri sendiri.dalam otak, macam-macam plan,
tp, akhirnya tewas dengan NAFSU.
apa tanda?
makin jauh kah aku?
masihkah ada jalan?

ya Allah.
i need Tarbiyyah!
tak boleh duduk saja tunggu hidayah,kena cari!
kalau tak sekarang..bila?bila?
bila si Syaitan kembali???bila pintu neraka dibuka kembali??
nak tunggu Ramadhan next year?
ehem,confirm ke jumpa lagi?

fake a smile?

"Head up, stay strong. Fake a smile, move on. "

Fake a smile? nak tambah sikit, 
.: fake it till you make it.ikhlas-ly. :.
^.^

mood: tensi.kerja.menimbun.

Jul 18, 2012

THE ONE.

" Untung jadi mayo kan? "

never ever said that.all u see is my outermost layer.
my 'organelle' can't be seen by anyone.
only Allah know me better.
and indeed, He knows you too! :)

Jul 15, 2012

nothing more.nothing less.

tak faham.
kenapa perlu begitu?
ask me anytime,insyaAllah if i can,i'll definitely help.
if u can't take/understand my way,tell me how, so i can improvise.

how can i know if u don't tell me???
I have been at your side.
I know how it feels.
Sometimes,u'll be at my side.insyaAllah. Who knows? Only HIM knows rite?
have faith.dont give up!
don't look at me too high that u cant reach, I am beside u.nothing more.nothing less.

Jul 14, 2012

lepas.

dilepas atau terlepas?


dua-dua tak.
sebab tak pernah genggam pun.done.

Jul 9, 2012

husnuzon.

kalau kita letak setiap apa yang terjadi atau berlaku dalam hidup ini pada Allah.
redha dan bersangka baik,insyaAllah tak timbul masalah dalam sesebuah hubungan itu.
tak kiralah saudara-mara,rakan-taulan,suami-isteri,adik-kakak,ibu-ayah.dan lain-lain.


bersyukur dan bersangka-baiklah.
mungkin mereka yang kita rasa 'tak baik' pada kita,dia yang sering doakan kita kan?
wallahuaklam.:)

Jul 1, 2012

Semester LiiiiiiiiiiiMaaa

Microbiologeeeeeeeee!
Lima semester,berbaki satu.
insyaAllah,tamat Diploma dengan jayanya.(errr.jaya ke?XP)
semester akhir di Kolo Pilah,Nemsilan.
:( kejapppppnyee.rasa cam baruuuuuu je upd8 post pasal x tahu nak masuk matrik or dip.haha.
post-post lama macam INI, Sem 1, sem 2, sem 3, sem 4 dannnn yang sekarang awok-awok tgh baca nih.hihihi.siyess,macam macam belajar sepanjang kat sini.every path we took,make it worth.insyaAllah.:))
nak cerita pasal sem ni pulak lah,haha.
okay,sem ni semua kita belajar application of microb in real life.atau lebih cantik,untuk pasaran kerja nanti.:)
ape yang saya belajar???
Timetaaaaaaableeeeeeee

19 credit hour semuanya.
  • Industrial microb.
  • Environmental microb.
  • Agricultural microb.
  • Medic  microb and immunology.
  • Molecular biology theoryy.
  • Molecular biology practical.
  • Entrepreneurship.

pehhhh.pehh.peh.
first two week??...naaa.i lepak2 je atas katil.nothing to be stressed out..lalala~

masuk third weekkkkk......
.
.
.
.
.
.
.
.
Proposal!
Assignment!
Homework!
MUET!
Lab report!
Business Plan!


haaaaaaaaaa!
padannn mukeee XP
so,byklah jugak kerja nak kena buat,
keluar masuk lab.penat tapi awesome!
selama ni cedok je bacteria/microbe tu kalo nak guna..tapi sekarang kena beranak(bukan kita yg 'beranakkan' dia) and biakkan diorang sendiri..tempat tinggal(media) budak-budak tu pun kena 'bina' sendiri..hikhikhik.
dapat ilmu baru yang sangat berguna.especially untuk practical nanti.kan?
tak sabar gak.tapi,pepun lets follow the flowww!tp,usaha dan doa jangan lupa!(ingatan untuk diri sendiri-.,-)
okay i think thats all-lah.penat nak cerita banyak-banyak.hoho.


Jun 26, 2012

no other ONE.


not everyone know what's inside me.
except,HIM.


unintended.

masih lagi di pertengahan jalan.
persimpangan antara dua.
     "kalau nak berubah,tak payah tunggu,
             teruskan sahaja."- 




Jun 19, 2012

Jadi biasa atau luar biasa?

bila sedikit lain dari 'kebiasaan' diri,
ada yang menegur.kenapa?mengapa?
padahal, yang Biasa itu salah dimata Dia.
ya Allah,teguhkanlah hati ini,
istiqamah.
istiqamah.
istiqamah.
cuba jadi luar dari kebiasaan diri.
luar biasa untuk tuju jalanNya.


**bila rasa sedih,kosong,sendiri tuh..cepat-cepat cakap dekat diri "takpe Allah ada,dekat dengan aku.:)"
bila buat camni rasa macam sayu.dan tenang.terus rasa nak senyum.cubalah.:)**

May 23, 2012

VERSUS.

Versus.

versus dalam diri. dalam hati.
versus antara yang kiri yang seperti sudah sebati dalam diri,dan yang kanan yang mulai mengetuk pintu hati.
terkadang rasa takut, rasa keseorangan.
mereka-mereka yang selama ini disisi, seperti tidak peduli.belum lagi mungkin.
hati ini kuat mengetuk agar terima yang kanan itu.
tapi bagaimana?:"c

Ya Allah SWT show us the straight path


#ya,Allah ada.Allah ada.jangan takut.
yakin Dia pasti membantumu!
yakin.jalan yang baik,pasti Allah bantu.
:")

May 21, 2012

Berubahlah.

Berubahlah.
tidak sepenuhnya.sedikit demi sedikit.kuatkan asas,agar tidak goyah di puncak kelak.
susah mulanya mahu melawan apa yang kita dah terbiasa buat belasan tahun dahulu..ego.malu.takut semua bercampur..tapi,selalu ada bisikan2 'bila nak berubah?', 'sampai bila harus begini?' , 'kalau lepas ini kita mati,sempatkah?'...Allahhh..banyaknyaa dosa semalam..

takut mahu bercerita panjang.jauh lagi jalan ini.semoga peroleh redhaNya.Doa.Doa.dan Doa.
kita ada Allah,jangan lupa itu.
Dia tak pernah lupa kita.

May 1, 2012

on.off

on+on
HAPPY.

satu.
dua.
tiga.

on+off
SAD.

off+off
.

Apr 18, 2012

Labuh, Longgar, Tutup.

entahlah.

Allah janganlah Engkau bolak-balikkan hati ini setelah engkau berikan petunjuk hidayah-Mu.amin ya rabbal a' laminn.

Apr 16, 2012

CRY-over-ME

ada sesuatu yang menakutkan hati.
don't cry!
don't you ever cry!!
never ever cry because of this!
u took this way right?
so,endure it!!don't cry,cuz u no lose yet!

it.never.worth.to.cry.on

MOVE ON!FIND SOLUTION!

NO CRY PLEASE?

:"(

Mar 29, 2012

T.T

kalau buat baik,
jangan tangguh-tangguh,
nanti tak terbuat.

andai teringat,
terus lakukan,
bila ada "Nanti",
pasti tersekat.

ingat wahai diri,
mati kita entah bila,
tiba masa itu,
tiada yang nanti,
mesti yang pasti.

Mar 27, 2012

bagai pahat dengan penukul.

diri,
banyak berhabis,
nak jimat punya cara mudah,
masih tak dapat nak jimat?
boros.
ikut nafsu.
bahaya.merana.sengsara.
-cinta dunia.

****************************************
itulah,
ikut hati mati,
ikut nafsu kertu,
ikut akal?
pasti jiwa mekar.eh?
-bersih hati.

********************************

harapan palsu.~
kalau tidak,katakan tidak.
sedari awal.
kalau iya,katakan iya.
sedari awal.
bila tiba saat akhir,
apa senang mahu tarik diri?
-timbangtara keputusan diri

****************

diri,kenapa bila dipahat penukul,baru ternganga?eh?

Mar 25, 2012

Iman Booster

terasa banyak khilafku.
iman menurun rasanya.
barangkali?
lets boost our iman again!together!insyaAllah.
:D

Mar 23, 2012

Bebel sorang jewwwww

heyy heyy yeahhh!
Assalamualaikumm..awok awok sekalian~~

sejak dua tiga jak nih,post kt sini cam emo je kan??
haha.sorry laa.kalau menstresskan para pembaca.(macam laa ada org baca;p)
biaselahh mid-life crisis kan?umur dah dekat 20.(tak masuk lagi laa tapi.huehue),mestilah cabaran and masalah pun lain.mana sama macam dulu2..eh?oh.mungkin sama je tema dier.tapi,cara pendekatan yang berbeza.dan cara aku synthesis pun dah beza.:D

and yeahh,masalah2 dahulu jugak lah yang matangkan diri..terima kasih Allah kerana ujianMu ini.
aku tahu Dia beri apa yang aku perlu,bukan apa yang aku mahu..kan?
aku minta KUAT. Dia beri ujian.
so, no regret! :)
tapi kan best jugak lahh.macammacam jenis manusia jugak aku jumpa skrg.
tapi tak nak lah judges lelebih sebab Allah je tahu pasal diorg.biarjelah.huhu.(rasa cm nak belajar psikologi je.haha.)okay,biarkan mereka..semoga Dia pelihara kita semua.aminn.:))


dan ohh, semester 4 dah nak berakhir weyhh!
now aku kat rumah cutiii~~err.not so cuti ekceli, gap 10hari ye dgn last paper.diulangi 10HARI!
huhuhu.mati kutukutu gua kalo duk pilah lelama.dah la semua geng2 balik,fulus pun cm 'kurr..kur..' je kan..so, y not kite balik??huhuuhu.haa lagi nk gtaw gapo nih??
haaa,insyaAllah i'll went to Kedah after this last paper.jaley ke Jitra dan mungkinnnn Langkawi...ataupun Perlis??huihuihui.ahhh tak sabar rasa nk pi cuti cuti~
i will update about those trip later.(kalau jadi.) huahuahua.haha.;p

okay i think ni jelah kot.lama rasa x bebel2 sorg2 kt sini.(kalau ade admire yg stalker i,mallluu pulak..HAHAHA.;P)


p/s:balik rumah kena buat assignment mama.haha.kesian mama.lagi teruk dari aku wat assignment.;p

Mar 19, 2012

kalau tapi..

kalau tak salah,
mengapa cuak?

kalau dah benar,
kenapa melatah?

aku yang melihat terasa kelakar.


tapi aku tak campur.
tiada mahu ingin campur.

semoga bahagia!:)

Mar 18, 2012

tidak cukup.

'Manusia sering gelisah dengan ketidakcukupan wang dan pelbagai lagi ketika hidup di dunia. Namun ramai yang masih belum memikirkan bekalan untuk akhirat yang pastinya belum cukup. Buat muhasabah bersama'
-shamkamikaze,2012

baiklah.sabar sabar dengan dugaan ini.

tengok balik apa silap sendiri.

sampai Dia tarik sezarah nikmatNya.

dan,

aku rasa aku tahu apa dia.


awak-saya rasa saya yang lost sekarang.bukan awak.

Periksa.

the fourth was down,
two more to go!

I dont expect for the D's for this sem.
accept what i've used to get.

Mar 16, 2012

terasa.

ada orang terasa ke dengan post disni?
ok.maaf.
yang dekat,
yang kenal,
boleh tanya.
yang jauh,
yang tak pernah bersua,
abaikan.
mudah kan?
^____^
assalamualaikum.

Mar 13, 2012

awak.

"awak,
saya taktahu lah awak akan baca ke tidak post ni kan?
walaupun kita dekat je(for this time being,maybe),tapi..rasanya awak tak tahu pun saya ada blog.kan?
dan,awak taknak ambik tahu pun pasal saya kan?kan?

awak,
awak,
mana awak yang dulu?
yang saya jumpa pertama kali dahulu?
yang saya kagum dengan awak dahulu?
yang saya rasa awak 'cool' dahulu?
yang saya rasa awak 'sempoi' dahulu?

mungkin..ya,
cool dan sempoi mungkin masih ada,tapi....
saya nampak macam awak lost.ye,lost.
saya tahu saya bukan siapa-siapa pun untuk awak kan?
tak ada effect pun saya ni pada hidup awak,
tapi kalau awak terbaca post nih,berubahlah awak.
saya tahu awak boleh,awak hebat tahu tak?cuma mungkin awak kekurangan kerajinan kot.
berubahlah awak,untuk masa depan lebih cerah.awak hebat!saya tahu!mereka yang lain pun tahu itu!
sekali lagi,
maaf kalau saya ganggu hidup awak.
saya tak mahu awak hanyut.itu saja.
dan,satu lagi,
ingat Allah.Nabi Muhammad s.a.w,Ibu,Ayah,family awak.
selalu.
sentiasa.
kat mana pun awak,hebat mana pun,jahat mana pun,
Dia pasti ada disamping awak.
insyaAllah.
semoga Allah merahmati awak.
Assalamualaikum."

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum,melainkan mereka sendiri"
.yakin pada diri awak,percaya pada Allah.

15/3/2012;10.10pm.

Mar 8, 2012

rasa semacam.

mungkinkah perkara lalu berulang?
sejarah berulang?haha.cliche betul hidup aku nih.
macam diulang2 je.cumanya,kali ini lebih berwaspada.
tak macam dulu.
itulah,yang dulu dah buat pengajaran.
buruk dulu jadi sempadan.
baik dulu jadi amalan.
walau kadang tersasar juga.(kadang2,lupa jugak.hewhewhew.)

benarlah,
"what goes around,comes around"

dulu dia,sekarang aku.
dulu aku,sekarang dia.
gembira ada hukum sebegini dalam hidup.
segalanya Dia yang rancang,Dia yang tentukan,
cumanya,
kita yang lakon.
kita yang main.

Alhamdulillah.
no regret.yakin pada diri,percaya pada Allah.

~~

Mar 5, 2012

satu hari nanti.

suatu hari nanti.
tunggu.dan lihat.
dengan izinNya.
insyaAllah.
si dia yg tercipta untukmu pasti akan hadir.berdoalah.berserahlah.




akanku jaga diriku sebaiknya,untuk dirimu bila tiba satu hari itu:))
solat zuhur jom!

enough.

dah lah weyhh.
susah lah mcm ni kan?
campur baur arr gini.
sedih.sedih.sedih.

aku cuba nak faham,tp dah diri sendiri pun tak nak bg faham.nak buat macam mana lagi?
better aku senyap.kan?
dahhh lah,enough.
malas dah nak layan.babaiii.
semoga cepat sihat dan tersedar.may Allah bless.:)

Jan 29, 2012

cakap banyak cakap.

orang banyak bercakap.
cakap.cakap.cakap.

tapi,tiada guna.
kosong.
nil.
nothing.


cakaplah apa kau mahu.
biar habis saliva mulutmu.
biarkan biarkan.
aku lebih senang begini.

tak perlu kau marah kalau aku kurang cakap.
bukan malas,
bukan lurus,
bukan bodoh,

aku mahu biar kau terus bicara,
pasti kau rasa bodoh bila tiada yang dengar katamu

iyakan?


p/s;i.dont.give.a.damn.

Jan 11, 2012

Budak besar.

Assalamualaikum.

sekarang dah tahun 2012 kan?wooo nak tunggu 2013,nak tgk betulke rmln org2 kapiaak ckp nk kiamat 2012.yg pasti,tahun bila,hari apa,bulan apa,Wallahua'lam..bila Allah kata 'Kun fayakun';maka jadilah ia.kita siap sedia je dgn "bekal" yg bakal kita bawa.(err,peringatan diri sendiri!!):)

**************************************************************************************

BUDAK BESAR.

2012= awal 20-an
2022=awal 30-an
2032=awal 40-an
2042=awal 50-an
2052=awal 60-an
2062=awal 70-an
2072=awal 80-an
2082=awal 90-an
2092=awal abad pertama.

ya Allah,tengok balik jauh lagi kan perjalanan aku rupanya.(dengan izin Allah),mungkin kita akan harungi semua tahun2 yang aku list kat sini kan?tapi,siapa tahu mungkin tak sempat nak sampai 30-an pun?who are we to know it,rite?

takut rasa.tak tahu bila tiba waktu kita kan?
semua orang pasti pergi.masa je mungkin berbeza.mati itu pasti,dan sebab itu kita hidup,dan akan mati untuk bermulanya "Kehidupan" yang sebenar.

Astaghfirullah.lihat balik apa 20tahun yang lepas aku lakukan?apa baktiku?pada Allah,Rasul,Mama,Ayah,Islam?rasanya,tiada apa.Harus diakui,selama 20 tahun pertama permulaan kehidupan 'palsu' ini,banyak sekali mengajar aku dan mendidik aku untuk menjadi siapa aku untuk tahun-tahun gandaan 10 yang telah dilistkan di atas.sungguh,jika panjang umur kita,pasti banyakkkkk lagi perkara yang tidak kita ketahui akan ditemui..Dia dah rancang untuk kita,tinggal kita je yang kena cari..oleh itu,

jangan leka,bangkitlah wahai diri!
"cari Hikmah penghidupan yang ini,untuk Bahagia di penghidupan yang itu!"


**************************************************************************
p/s:sekarang banyak benda kena buat dan fikir sendiri,mama dgn ayah dah tak campur benda yang boleh settle sendiri.mula-mula rasa sedih jugak.tp,bila fikir balik..sampai bila nak bergantung pada diorang?satu masa,satu ketika kena jugak buat keputusan sendiri,kan?
so,sekarang dah rasa macam bersemangat pulak..rasa nak terimakasih kat mama n ayah.sangat sangat.
Niat segala kebaikan yang dilakukan,adalah untuk mama dan ayah.semoga mereka diberkati dalam limpah rahmat Allah selmanya.amin:)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...