Search This Blog

Dec 2, 2011

Dont know?shut up.


DONT EVER JUDGE.
PEOPLE BY WHAT THEY'VE DONE.
WITHOUT KNOWING THE REASON WHY..





there must be a REASON in everything they do.

dont judge.
dont talk.
shut up.

YOU JUST DONT KNOW .

Nov 30, 2011

KaliEmpat.

Asssalamualaikum.

kali empat.
ehem,ini kali keempat permulaan semester baru bagi aku.
wuhooo!lagi 2sem di pilah,1 sem lagi....Practical!insyaAllah.:) dekat-dekat Shah Alam jewww.hikhik.insyaAllah.
Planner Part Fourrrr(Nov11-March12)
*klik utk tumbesaran.*
wokayyy,
permulaan semester 4 dip microb nih..agak relaxxxxxx.baru 2hari dekat Pilah,dah balik rumah semula.hehe.^______^y

tapi,itu cerita minggu lepas,ini minggu kelas dah startt!tutorial,lecture,dah start.
dan aku,i am in restarting mood.err.maybe.*sedang menyesuaikan diri.*cehwahh.

<(<'-') eh ?('-'>)>

fuuhhh.
sementelah lab belum start lagi nih,adelah masa2 nak berjimba riaaaa ;p
err lab.ok lupakan lab. ^_________^

haa sem ni ktorg dah masuk pure microb.dah tak dak CTU dgn BEL..(tp,still MUET masihh kena ambik -___-")

part 4 diploma microbiology 2011/2012 subjek-subjek yang menjadi "feberetttttts" adalah,
Microbial Physiology
Virology
Mycology
Basic Food Microbiology
Basic Instrumental Analysis
Economy
total credit hour:18
oklah subjek kurang.wuhoo!
yang pasti subjek 5 teratas tuh sume ada Practical lab.terbaekkk!:D
berLogy2 lah aku dengan lab report nampaknya sem ni.~~<('-'^)
semoga dipermudahkan.amiinn.

aku tak harap apa2,aku cuma harap yang terrrrrbaeik untuk aku,dia dan mereka.kan.
okay lagi,
azam sem ini,
BANYAKKAN SENYUMMM
BERSIHKAN HATI.
SYUKURI SEGALA NIKMATNYA.
POSITIFFFFFF SELALU.
haha.

eh dahlah.babaii.

p/s:kenapaa?kenapa??kenapa?ahh,jangan tertipu.mainan nafsu semata.Astaghfirullah.
La takhaf,la tahzan,innallahama'na.

Nov 25, 2011

Pergi.Balik.

Pergi Pilah.
20NOV2011
bawa harapan Semester 4.
dan result kolej yang mengkuciwakan.

"Ya Allah,jika kolej itu terbaik untukku,Engkau permudahkanlah jalanku untuk memperoleh tempat di Kolej kediaman"aminn.~

i have to strive for it!
mama ckp "mesti minta,jangan tangguh-tangguh."

.:mom's words never lied,insyaAllah.:.


Balik rumah.
23NOV2011
no classes until 26th,plus cuti awal muharram on 28th,makes me wonder.
"why not, aku tak balik?"

and now,here i am,at home.:")


Alhamdulillah.

psst:ayah @Jakarta now.26th pulang.sapa nak tolong drive pegi amik ayah @KLIA?
hik.(dalam otak dah tbyg,sorg minah drive Exora hitam.;p)

Nov 19, 2011

Ingat-ingat selalu,


ingat-ingat selalu,
kita ini bukan sapa sapa,
hanya pelakon di bumi Dia.

ingat-ingat selalu,
kalau rasa susah,
masih ada yang lagi payah.

ingat-ingat selalu,
rajin-rajin cuci hati,
kalau taknak hati mati.

ingat-ingat selalu,
bila kena puji,
jangan lupa abi ,ummi.

ingat-ingat selalu,
bila lidah rasa pahit,
Ubatlah tu yang pahit.

Ingat-ingat selalu,
Allah maha besar,
kalau taknak kepala besar.

Ingat-ingat selalu,
bila dapat sesuatu,
cepat-cepat sujud pada yang Satu.

-mayosofea,11.41pm,19112011.

Nov 16, 2011

Mistaken.

i've made a mistake.
at the first place, i should'nt do that.
but who know's Allah plan right?
aku tahu apa yang aku lalui ni aku boleh lalui!!

sebab "Allah tidak akan menguji hambaNya lebih dari kemampuan mereka."

walaupun aku tahu "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri"

jadi,

ingatlah wahai diri,

"tuhanmu adalah yang melayarkan kapal-kapal dilautan untukmu,agar kamu mencari sebahagiaan dari kurniaanNya.Sesugguhnya Dia yang maha penyayang terhadapmu"
(Al-isra':66)

have faith.
Yakin pada diri,percaya pada Allah.
all is well.all is well.

i'm sorry.

Nov 15, 2011

Bau ayamsssss uwwww!

gahhhh, oh nooo!
harini pepagi dah makan ayam drumet tomyam ayamass!!oww mannn.huh.
macammanaaa nii??
well,ehsan Uncle Goog.;p
ok ok.sebab dah tak dak menda lain dah nak buat sumber protein.so,i tibai jelah.

well welll,setelah berfikir...rasanya patut aku start cabaran ni bila dah start sem 4 di Pilah nanti.dkt umah i x bolehh derr..
kuhik.ok.

FixedStop.

arghhh rasaa nak larii jauh jauhhhh je!
laaaaaaaaaaaaaaaariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!


"Dont make others your priority,when they just make you an option."
i'm fixed.
.
.
.

Nov 14, 2011

CABARAN KECIK KECIK KECIK!


"Malaysia catat kadar obesiti tertinggi dalam kalangan negara ASEAN"
dangg dangg dangg deshummm debengggg ark!

pergh terasa sampai segala lipid dalam badan gua terbakoo!haha.
tewngok pada tajuk tuh,aku nih salah sorang laa yg menyumbang kepada kenaikan kadar obesiti di malaysia nih...aihhh aihhh~~

tetiap taun azam nak kecik! nak kecikk!tapi makin besar plakkss kauu nyahh!!huwaaaa ;O

ini tak boleh jadikkk!!sebagai rakyat malaysia yang sayangkan pakwe DIRI SENDIRI,AGAMA,BANGSA DAN NEGARA,

MARI SAHUT CABARAN DARI XL++ KEPADA L- (MINIMA.)

jom sapa nak join?kita buat secara sihatt.tanpa apa2 bahan tambahan.

katakana TAKNAK! Kepada :

* GULA

* GARAM

* MINYAK

* LEMAK

* LEBIH TIDUR

* STRESS

Katakana NAK! Kepada:

ü SENAMAN

ü MAKANAN BERKHASIAT

ü SENYUMAN

ü SEMANGAT (ISTIQAMAH TUUU PALING PENTING!!)

Haaa orang kata things are easier said than done,

Jom mula sekarang!! Will be update every week about this mission. J

Sapa nak join??jom isi borang !! hehe.

Nov 10, 2011

CukupRasa.

sungguh,tibatiba rasa macam down.
tak tipu.
betullah orang kata kalau buat baik ni jalannya berliku.aku tahu aku pun tak baik,tak alim,banyakk lagi tak..but,i am trying to be one..walau tidak seperfect mereka.cukuplah hanya aku dan Dia shaja yang tahu dimana tahapku.
ok back to the topic,tibatiba teringat dkt ayat al-quran ni,mula2 ingat gitu-gitu je,xpasti surah mana,
terus pegi google..haa ni dptlah ayatnya yg lengkap..

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

dan dapat juga hadis yang diriwayatkan oleh Thabrani daripada Abu Umamah, Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."

sungguh,tibatiba rasa bersemangat..tuptup dkt FB jumpa plak sorg hamba Allah cmnt kt status kwn aku dier tulis:
'mse mule2 rasulullah diutuskan, tyme tu hanye baginda seorg diri berdakwah n mule mndpt bantuan para sahabat..tyme tu di mekah umat islam bilangannye sgt sedikit n sgt2 mendapat tentangan..dibaling batu sampai berdarah n dibaling najis sehinggekan umar dn hamzah bertanye kpde baginda knape kite x lwn blk..tp nabi kate bersabar, perintah blom diturunkan lg..mmg mse tu cabaran sgt hebat namun sedikit keluhan pon x terkeluar dr mulut mereka...'(Abdullah,2011)

see,even nabi Muhammad s.a.w lagi kuat cbrn Baginda,apatah lagi aku yang belum tentu duduk bangun di sisi Allah?
sungguh,aku bercakap berdasarkan apa yang aku tahu.
ada orang boleh terima,ada yang tidak.
tak mengapa,mungkin aku sendiri yang salah cara.
pemikiran manusia lainlain kan?
aku harap kita semua senantiasa disinari nur hidayah dari-Nya.
walau apa jua pemikiran kita,
kita semua datang dari-Nya,dan kembali kepada-Nya jua.

satu shj,
tak nak cakap banyak disini.
biar Dia dan aku shj yang tahu apa isihati.
dan ingatlah,Dia juga tahu apa dihati mu.

KUAT dan TABAHLAH WAHAI DIRI!
ALLAH SENTIASA DISISI.


psst,ada orang ingat aku merepek?haha.mungkin.
xpe.semoga anda dapat apa yang ingin aku smpykan satu masa nanti.insyaAllah.:)

Nov 8, 2011

To friends.

Dear friends,
though i dont say it often,
i want u to know,
once we've get along together,ILOVEYOU till the end.
in the name of Allah.

lets pray for our love grows forever,
and our heart tied together with the name of Allah,ya Rahman,ya Rahim..
instead of saying I love you,I miss you and those '3 words'.

this is my way,
and always be.insyaAllah.

Nov 4, 2011

Syukur 19.

Alhamdulillah.walau graf menurun,tetap berada pada paras itu.
Syukur ya Allah atas segala nikmat-Mu.
walau aku seringkali lupa.alpa.leka.





Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Segala puji bagimu Allah tuhan sekalian alam.1.
maha pemurah lagi maha penyayang.2.
yang memiliki hari pembalasan.3.
hanya Engkau yang aku sembah,dan padaMu aku mohon pertolongan.4.
tunjukkanlah aku jalan yang benar.5.
Iaitu jalan orang-orang yang engkau kurniakan nikmat, bukan jalan orang yang engkau murkai dan jalan orang yang sesat.6.(Al-fatihah;1-6)




psst,kenapa syukur 19?;syukur pada umur 19.
:)

Nov 2, 2011

Icanrelate.

Semakin lama semakin hampir.
perasaan sendiri tidak tahu menahu.
terasa malas mahu memikir.
jika baik,Alhamdulillah.
walau buruk,Alhamdulillah.
ingat,
Nikmat itu Dugaan,
dan
Dugaan itu Nikmat.


psst,boleh relate tak ?

Enough.

Manusia,

kalau suka,terima.kalau benci,pergi.
itu sahaja.
terimakasih.

Oct 20, 2011

Jalan itu bukan jalan ini.


Assalamualaikum.

ehemm.sem lepas ada buat banyak keputusan yg tidak menggembirakan hati.
rasa macam boleh buat,tapi...bila dah lalui tuhh..sungguh,byk cabaran.
aku rindu waktu-waktu 'tenang sendiri' aku yang dahulu,sepanjang dua sem terdahulu.
sungguh,
aku menyesal.
tak elok menyesali keputusan kan?hurmm.memang,aku akui.jgn menyesali setiap keputusan yg dibuat.tapi,

ntahlaa.mungkin aku tak cukup pengalaman.aku tak cukup baik untuk jd yg terbaik.
tak pernah ingin pun sebenarnya.tak suka org high expectation on me.lebih suka kalau orang x sedar pun kewujudan aku.sebab....bila orang tahu kewujudan kita,orang pandang kita,tengok apa kita buat.
bila kita betul,puji.bila salah,keji.mungkin hanya aku yg rasa begini,kan?
selalu,fikir tentang apa orang kata.ini lemah aku.
sungguh.hmm.

sekarang,aku antara dua.
sama ada aku teruskan jalan ini atau kembali pada kehidupan yang itu..
Allah penentu jalan terbaik aku.
walau apapun yang Dia beri,aku perlu redha.
kalau aku teruskan jalan ini,akan ku perbetulkan apa yg aku salah.sungguh pengalaman lalu mengajar.
dan jika aku kembali pada kehiduan yang dulu itu,aku akan gunakan peluang itu sebaiknyaaa.

ya Allah,cukuplah engkau bagiku,yang memelihara dan melindungiku,aku berserah hanya padaMu,sesungguhnya engkaulah yang memiliki Arash yang agung...

Oct 14, 2011

FAST or SLOW?

Assalamualaikum.

hehe.malam ni rasa macam nak conteng-conteng je kat sini..kenapa eh?errmm,sebab tengah celaru nak pilih jalan masa depan.(uihh bunyi macam kena paksa kawen je.haha;p).ok dalam post aritu,yg mana?yg INI haahhehe..erm,update terbaru,fast trek untuk pelajar part 3 microb,dah ditawarkan untuk degree microb.wuhooooo!glad to hear that...
tapi,
tapi,
tapi,
aku tak taw laa..aku memang nak sambung microb pun..sebelum uitm twrkan degree microb utk fast trek nih,aku mmg dah tawar hati dgn fast track ni..sbb yg dtwrkan pd masa itu hanyalah degree biology.aku x maw.huhu.so,aku tetapkan hati (yeke??haha.)aku teruskan diploma microb dan bercita-cita nak sambung degree microb after dip...senang kan?


namunnnnnnnnn,Allah tak bagi jln senang utk aku buat keputusan lagi..tup tup gi wall MPP UiTM N9,depa kata dip mikrob boleh pegi degree mikrob,dah tanya dah dekat para MPP,dan diorg kata,degree mikrob dah ada kat Shah Alammmm...haiihhhhh.
aku pun macam tak tahulaa nak amek fast track ataupun,nak stay with rncgn aku nak habiskan diplomaa...huuuu..:"( sayaa sayangg sangat diploma.ermm.
ok,ok kita listkan apa baik dan buruk dia nak?

+ve :
  • jimat masa
  • boleh mulakan hidup yg baru
  • degree kat shah alam(motif:dekat dgn rumah.-__-v)
  • umur 23 dah ada degree.(yg ini best:p)
  • umur 24 boleh ambil master,insyaAllah..
  • kawen cepat..(errr..o,O kurr..kurr..)

-ve:
  • tak dapat skrol diploma
  • kalau kandas,kena patah balik diploma.
  • praktikal?(stkt ni blum dkenal pasti ada ke tidak praktikal degree microb uitm.)
  • kawann diplomaaa sayeeeee :"( (ok jgn emosi sangat.-__-)
[update pada 14/10/11]
  • kena kuatkan hati betul2 sbb dah tak boleh pusing belakang dah bila dah amek degree.
  • kalau teruskan diploma,masih ada peluang untuk aku pergi ke cabang2 lain contohnya,medic,pharmacy,chemistry,biomolecule,etc..
  • result2 diploma saya yg lepas..burn macam tu je.
  • pengalaman mungkin lebih banyak kalau teruskan diploma.(rasa mcm terlalu muda nak amek degree.err,pdhl nex year dah nak masuk angka 2 kt depan..XD )

erm ni lah yg boleh difikirkan buat masa ni..kalau korg2 ada penambahbaikkan nak tambah +ve and -ve amek fast track,dipersilakan^.^ saya terima apa jua komen anda..hihi.ok?
kena banyak-banyak minta pada Dia agar ditunjukkan jalan yang terbaik dan diredhai.aminn.:)



p/s:rasa macam nak call je dean FSG.-______-.

[update pada 17/11/2011]

haii orang-orang kampungg,td aku stalk wall MPP sat,haha nak taw x...
rupanyaaaaa,degree mikrob tidak ditawarkan lagi dlm proggam fast track nih..haa??why??haha.entahlaa,diorg je yg pandai2 wat spekulasi..aigoo aigoo.bikin kecohh smpy aku dgn smngtnya buat post bagai..haha.tp xpelahh boleh jugak aku berbrainstorming tyme cuti nih.haha.ermm,soo apa keputusannya?Aku rasa mungkin aku teruskan diploma yg berbaki 3 semester shj lagi.huhu.insyaAllah ada rezeki,kita smbung mikrob juga,kalau tidak,mungkin yg lain lebih baik buat aku,ya kan??hihi.ok till here.
assalamualaikum.^___^

p/s 2 : tah papee je,lainkali confirmkan dulu sebelum dicanang khabar-khabar yg tidak pasti.hmmm.apapun,people make mistake.:))

Sep 16, 2011

Ada benda untuk dikongsi.

Assalamualaikum,post kali ni kopi n pes je.bkn apa..aku tbaca ni dlm grup..pastuh rasa cm tkena kat batang idung sndri..pastuh cm nk share2 dgn korg..moga beroleh manfaat.insyaAllah:))


Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B: “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C: “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Rujukan :
http://iloveislamsokmo.blogspot.com/2011/06/tujuh-perempuan-bertanya-seorang-lelaki.html


p/s:untuknyaaa jadi wanita kann?Alhamdulillah. ya Allah,jauhilah kami dari api neraka.aminn.astaghfirullahala'zim.

Sep 15, 2011

Arah.Tuju.Hidup



Assalamualaikum.
hey hey.hehe.ermm sem 3 dah nak berakhir.sekejapppppp sangat rasanyaaa.rasa macam baruu ja knal Bacterio,genetics,analyte..hmm.19 september bermulalah...jen jeng jeng!


FINAL EXAM SEPTEMBER 2011

hihi.
tak tahulahh cmano result aku.keh3.cuak gak nih.tp,usahanya x start ponn.kehkeh.;p
arah tuju diri sendri punn tak tahuu lagii.-___-

haaa nak cakap pasal arah tuju aku lepas microb nih...ermm..aku x taww laa mcmmana...
untuk pengetahuan mereka yang tidak tahu..lepas Semester 3..pelajar microb yang layak boleh buat fast track to degree..ermm,macam best kan??cepatt dan pantas.efisien??ermm,bergantung pada orang tuh.hihi.



tp..yang susah dan kureng bestnya..UiTM tawarkan Degree Biology shj utk dak2 microb wat fast track(buat masa sekarang).aigooo.
BIOLOGY?????
BIOLOGY????????
BIOLOGY??????????
no more MICROOO????
aishh.aku tak tahu laa nak pegi ke tidak.yang aku taw aku mintak je.sbb kita x taw tetiber kita nak ke..ape ker...kalo dah apply boleh tolak bila dpt,tp kalau x apply,mmg kompom laa x boleh.kann?

haa so,konklusinyaa aku mintak saje.pegi atau tidak itu belakang kira.^___^y
aku kan selalu suamsuam je.tak 'hot' tak juga 'cool'.:))
hehe.jgn sedihsedih ye kawankawan,spesely dak2 Fullhouse..insyaAllah,Dia sediakan yang terbaekkkkk wokk tuk kita semua.misi aku dgn korg pun x habis lagi.keh3;p
(taken at Idaman Beach Resort,Kg.Genting,Pulau Tioman,Pahang.2011)

p/s:We dont know what might happen in the future,so we better prepared.:)
and the most important,let Allah do the rest.

Aug 12, 2011

Satu Bulan.


Satu bulan.Ramadhan al-kareem.

Dua situasi.

Satu.

Di tengah rembang panas terik tengah hari,

Lelaki-lelaki lingkungan umur 20,30-an,atau mungkin 40-an.

Pekerja; buruh binaan,

Terang-terangan makan makanan tengah hari.tanpa ingat,panas lagi “API” Allah..

teguk air,telan nasi.gelak tawa.

Mungkin uzur,tapi..

Zaman nabi Muhammad s.a.w berperang,berjihad masa bulan puasa.

Apakah kerja buruh itu lagi perih dari berperang?

Dua.

Di tengah rembang panas jua,

Seorang lelaki boleh dikira berpangkat “Atok”,

Berkedut seribu,menolak basikal tuanya mendaki jalan berbukit.

Ke mana arah?

Kopiah atas kepala; hari Jumaat.;tengah hari.

Mana lagi arahnya kalau bukan ke rumah Allah, tunaikan yang wajib itu.


Jadi,bagaimana ?Anda fikir bagaimana dunia kini?


p/s:percayalah,aku juga banyak khilaf.dan aku cuba juga berfikir ttg khilafku itu.

Aku takut.Astaghfirullahala’zim.

Aug 4, 2011

When i saw you....



and when I saw you, was looking at her.
i felt like this..

but then,
I reallized..



I think it is for good actually.
so I can be FRIEND with you like others.
'the feelings'??let it buried with the flow of time.
and I'm sure there's someone for me,better than you.

Thanks for the memories.and I know it is the best for us to be just a FRIENDS.
"Perasaan sebagai sahabat lebih menenangkan."

p/s:Salam Ramadhan al-Mubarak.semoga nur Ramadhan kali ini lebih bersinar menyinari hati ini.aminn.:))

Jul 28, 2011

J.A.U.H

jauh.
makin jauh.
jauh dari diri sendiri.

kenapa?
entah la.

rasa tak selesa dgn diri,
dan kadang-kadang mungkin boleh sebabkan orang keliling rasa tak selesa jugak?mungkin...

kau rasa,selesa tak?
atau aku je yang rasa macam tu?

aku rasa aku ego.ya,ego.
tipu diri sendiri,jahat.

lagi?
hipokrit?
yess.hipokrit dgn diri sendri.
-
-
-
-
-
-
-
-



dah.lagi banyak aku tulis,lagi banyak aku reveal.(yess,aku hipokrit.)

p/s:tolonglah diri,terima diri kau sendiri.baru orang lain terima kau seadanya.:"(

Jul 23, 2011

satu.dua.tiga.

aku fikir.
aku lihat.
aku perhati.

macammacam.
satu,biasa.norma masyarakat.
dua,wajib.kewajipan hidup.
tiga,dosa.larangan hidup.

bila yang tiga,
jadi yang satu.
macam mana?

ada kata nak bicara?


Jul 3, 2011

tidak.tidak.tidak,best.




Assalamualaikum.ehem.siriusss dah lama sangat tak hapdet.dah dekat sebulan lebih dah kan?fine,mmg xde orang rindu aku pon.hehe.x kesah.
sekarang aku dah kt rumah..nak taw tak semenjak ayah aku dah psg wifi kat umah nih..mmg susahh laa nk tgk muka aku yg cantik nih kt tingkat bawah..duk melepekk je lam bilik atas..haha.;p

:I'm a GOOD girl,with a BAD habit"(Tumblr,2011)
haha.peace yaww!^__^y


tadi,aku baca balik post aku yang INI...sekali aku tgk balik.."eh,betul ke ni aku yang type??"..(sekarang hati tgh berkecamuk..).rasa cam terkena kat diri sendri je..bagus jugak kan ada blog nih??bila tyme down tuh..tgk balik entry2 motivasi yg ditulis dgn mata hati sendri...rasa tenang pulak..huhu.
seriously,cubala try buat camtuh..
time hati tenang and idea banyak utk motivasikan orang..buat entry psl tuh..
then,bila hati sendri tuh rasa berkecamuk and resah-kesah-gelisah-esah-pasrah je..bukak balik entry2 yg pnh dibuat..insyaAllah kita akn tenang kembali..(err,brdsrkn pngalaman aku laa kan.org lain x taw la plakk..:)hihi.

haaa,lagi satu jangan lupa tulis dekat entry motivasi-tulus-dari-hati tuh...:-
"untuk diriku sendiri .."<----lebih kurang cmnih.ikut laa ayat 'perasa' anda sendiri..
asl kan ada 'diri sendiri'@'myself'..yelahhh kita kan mudah lupa..perlulah sntiasa diingtkn..
hati kita pun tak selalunya bahagia..ada naik turunnya..Ermm,

Iman pun naik turun..mungkin,masa kita tenang tuh,iman kita naik..masa hati gundah,iman kita di bawah..sbb tulah adanya penunjuk arah -->Al-quran dan As-sunnah buat segenap umat manusia..
cuba selalu2 buka terjemahan@tafsir Al-Quran..pasti anda akan dpt rasakan ketenangan itu..kalo ada maksud ayat Al-quran yang bersesuaian..masukkan jugaklah dlm entry motivasi anda tuh..nti bestt je baca balik..it's okay if others x baca pun blog kita nih,aslkan kita rasa puas dalam menulis tuh..kan?(err..mungkin ada org pentingkan follower dan sebagainya..itu hak masing2..)huhu.
macam blog ZA ni,suka sgt baca entry beliau.:)).sila.sila jenguk.

as for me,aku buat blog nih utk membersihkan jiwa dan melontarkan benda2 yang kdg2 aku tak dapat nak luah dgn kata2...dgn tulisan2 kat blog nih,terkadang ada maksud yg tersembunyi..terpulanglah pada anda yang mmbaca nak synthesis macam mana..huhu.

aku bukan yang terbaik.bukan juga kau,kerna Dia lah yang Maha Terbaik.:)
-Assalamualaikum.

Jun 17, 2011

Tak kenal maka tak cinta,dah kenal?

Assalamualaikum everyone!

based on the title of this post,rasenye aku nak bebel pasal apa?
hmmm.

pepatah "tak kenal maka tak cinta"??
semua orang pasti pernah dengar kan..pepatah yang bermaksud (menurut pandangan aku ye,bkn rujuk fakta yang sahih.hehe):kalau tak tahu orang/benda/sesuatu,masakan kita dpt suka/terima ia.

ok pernah tak terfikir..apa sambungan pepatah ni?
haha aku ttber terfikir stlah beberapa 'event' yang berlaku dlm hidup aku dari dulu sampai skrg yg mendatangkan aku untuk memikirkan tentang sambungan pepatah ni..

tak kenal maka tak cinta,dah kenall??
macam mana?
urm menurut pandangan aku,tak kenal mmg tak cinta,tapi tak kenal pun tak benci.
so,bila dah kenal ada dua probability,sama ada CINTA atau BENCI.kan kan?
lumrah la kan alam ni,setiap sesuatu tu ada baik ada buruk,

natijahnya,bila dh kenal tuh pandai2 laa bwk diri nak terus menCINTAI ataupun memBENCI:)

ehem,tapiiiiii..tak elok laa benci2 orang ni kan?wat rugi je.hati pun sesak.
jalan terbaik bg aku(bg aku laaaa..;p) neutralise kan semula perasaan benci/nyampah tuh.mmg susah pun kdg2,at least x yah laa bencibenci,neutral kan perasaan je.xyah benci,xyah suka.

kan Allah ada bagitahu,

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,sedang ia buruk bagi kamu.Sesungguhnya Allah maha mengetahui segalanya.Dialah sebaik-baik perancang bagi kita.":)

ok till next time.insyaAllah.:)

p/s:maaf jika ada kesilapan,kalau silap boleh tolong tunjukkan.sy tak sempurna.:)


Jun 10, 2011

Ehem.Ehem.Pujuk Hati sendiri.


ehem.ehem.


Awak,
jangan bagi harapan pd saya lagi.

saya takut.


sangat.

bila awak bg harapan,saya bukak peluang awak di hati saya,luas.


saya dah puas pujuk diri sendiri.biarkan awak pergi..
tapi...
awak datang.
kadang awak pergi.
saya takut.
takut awak pergi.
sebab tu saya jauhkan diri saya.
walau hakikatnya.....

hati saya ;penat.
otak saya; jammed


Sudah kudidik mata ini agar tidak kerap memandangmu kerana takut dari mata turun ke hati.
Sudah kudidik jasad ini agar jauh darimu agar kau tak tahu perasan ini.
Sudah kudidik akal ini tidak bertanya apa-apa tentang dirimu kerna aku takut aku bertanya dengan lebih mendalam.
Sudah kudidik telinga ini agar tidak mendengar kisah tentangmu agar hati ini tidak terus degil menyimpan perasan kepadamu.
Tapi, aku tidak berjaya mendidik hati ini agar tidak menyimpan perasanku kepadamu.
Maafkan aku..

Duhai hati yang satu..
tapi aku x mampu elak bila kau beri harapan..haisshhh..(tp aku rasa cam aku je yg perasan lebih.kau mesti x rasa pape pun.)
ahhh i know.selalu macam tu.:")
took this at Life's:)).
haha seriously ruqayyah, aku suka ni.:P
yang tulisan biru tu aku tambah sendri.=}


May 30, 2011

Rumah Baru + Semester 3

Assalamualaikum.ehem ehem.

sekarang ni aku dah ada kt kolo pilah.
duk kat umah sewa baru.
ermm,life kat luar ni ada best ada kurang best.biasalahh kan mana ada benda perfect kan??
:)
sekarang dah lebih kurang seminggu dah duk kt rumah ni.awal-awal ni mmg sedikit mencabar dari segi mental dan fizikal..tp yang paling utamaaa adalah EKONOMI.haha.seperti anda semua sedia maklum,duit biasiswa JPA x dapat lagii...malahan ahli2 rumah yg ditanggung oleh PTPTN punn belumm dpt nafkah lagi.so,tulahhh kena lah mengorek celah2 duit yg adoo.haha.makan pun bercatu.
tapii...untung kami ada tuan rumah yang sporting morting ni.mak cik Jumiah dan Wak Sudin nama diberi.haha.

eh,asal tak boleh nak upload gmbr eh?errmm.xpelah nex tyme aku upload ye?

okay minggu first ni klas byk x de.lecturer pun tgh tunggang langgang lagi..namun,ada jugak subjek yg dh start klas..dh siapp bagii assignment lagiii.haii haaaiii..
untuk sem 3 ni..(eh dah sem 3 dah kan??cepatnyerr..) subject2 yang akan dipenuhi adalah...
jen jeng jengg,,,:

MIC256:SYSTEMATIC BACTERIOLOGY
MIC150:GENETICS
CHM256:ANALYTICAL CHEMISTRY
BCM311:BIOCHEMISTRY 2 (THEORY)
BCM312:BIOCHEMISTRY 2 (PRACTICAL)
CTU211:SCIENCE AND TECHNOLOGY IN ISLAM
BEL311:ENGLISH FOR ACADEMIC PURPOSES
HSM115:RECREATION 2 (yg ni berbeda-beda bg setiap student..bleh pilih..)


haiihhhh haihhh nmpk cm beratt je nih..fuhhh..tp x pe kuatkan hati laa..
xpe susah sket kita kan nak belajar.:)

Dugaan tu kan Nikmat sebenarnya.

okay rasenya thats all for now.till next time.

p/s:huhh,aku rindu......:"(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...